Breaking News

Saturday, April 18, 2015

Apa itu virus



Virus komputer secara amnya adalah satu aplikasi perisian yang merebak dari satu komputer ke komputer yang lain dan menyebabkan gangguan sistem operasi yang tidak diingini. Ia boleh merosakkan dan memusnahkan data pada pemacu keras anda, merebak ke komputer lain melalui e-mel dan juga membuang semua data pada cakera keras anda yang akan mengakibatkan kegagalan keseluruhan sistem. Ia adalah satu kenyataan bahawa kebanyakan virus komputer yang disebarkan melalui e-mel dan juga boleh menjangkiti pc anda apabila anda terlibat dalam perbualan mesej segera.


Bagaimana Virus Berjangkit?


  • Perkongsian Pendrive
  • E-mel
  • Malware
  • Sabotaj
  • Perisian yang dimuat turun dari laman web yang disyaki





Simptom-simptom

1. Komputer anda mula beroperasi pada kelajuan yang lebih perlahan daripada biasa 
 
2. Pc anda menjadi 'hang' dan rosak yang kerap 
 
3. Komputer anda reboots dengan sendiri secara berterusan selepas beberapa minit beroperasi 
 
4. Kebanyakan program-program dan aplikasi tidak akan berfungsi dengan betul. 
 
5. Kemerosotan teruk dalam fungsi desktop keseluruhan disebabkan oleh jangkitan virus menggunakan jumlah memori yang besar 
 
6. Sesetengah pemacu cakera (hard disk) tidak boleh diakses 
 
7. Pc anda memaparkan mesej ralat yang tidak diketahui secara kerap 
 
8. Desktop menu dan kotak dialog pelbagai boleh berubah-ubah 
 
9. Pembuangan 'shortcut icon' program anti virus serta program-program di desktop pc anda 
 
10. Ikon baru yang tidak diketahui muncul pada desktop yang biasanya berkaitan dengan pornografi atau judi 
 
11. Task Manager tidak dapat berfungsi dengan baik







Rujukan

http://makmalkomputerskp1.blogspot.com/2013/10/apakah-itu-virus-komputer.html

Read more ...

KENAPA PERLU ANTIVIRUS?





Perisian antivirus mengesan, menghalang dan melemahkan atau memindahkan program yang dijangkiti atau malware, sering dirujuk sebagai 'virus'. Antivirus tidak menawarkan penyelesaian yang sempurna kepada masalah malware, tetapi ia adalah langkah pertama yang penting untuk memastikan PC atau komputer riba anda berada dalam keadaan selamat. Untuk mengelakkan virus daripada menjangkiti PC anda, anda mesti memasang antivirus, dan kemudian kerap mengemas kini perisian antivirus anda.
Read more ...

Monday, April 13, 2015

NORTON SECURITY 2015



PENGENALAN
Norton AntiVirus, dibangunkan dan diedarkan oleh Symantec Corporation, telah menyediakan pencegahan dan penyingkiran malware. Ia menggunakan definisi antivirus terkini untuk mengenalpasti virus. Ciri-ciri lain  di dalamnya termasuklah e-mail spam filtering dan perlindungan phishing.


Norton Internet Security adalah salah satu perisian keselamatan yang paling terbaik serta mempunyai ciri-ciri yang dikemaskini & telah diuji untuk melindungi PC anda daripada bahaya. Malah, Norton mencapai skor pertahanan yang agak tinggi untuk ujian antivirus yang terbaru.


Kelebihan
  • Menyediakan perlindungan terhadap virus, spyware, malware dan serangan dalam talian.
  • Scanning sehingga jauh ke dalam sistem komputer tetapi proses scanning tidak lambat.
  • Mempunyai LanGuard di mana ianya akan scan file sebelum dikongsi.
  • Mengekalkan maklumat peribadi anda, tidak kira apa peranti yang digunakan.
  • Melindungi pengguna dari laman web yang tidak selamat.
  • Membolehkan anda menambah perlindungan dari peranti ke peranti yang lain

Kekurangan

  • Proses startup PC menjadi perlahan dan pengguna memerlukan kesabaran untuk menggunakan antivirus ini.
  • Kadangkala virus-virus daripada flash drive atau thumb drive tidak dikesan oleh antivirus ini.
  • Menyusahkan pengguna untuk membuka atau menutup Windows Firewall dan lain-lain tetapan sekuriti untuk komputer.
  • Sering timbul message box secara tiba-tiba apabila pengguna menggunakan komputer; menyusahkan penggunaa untuk membuat kerja.
  • Walaupun pengguna telah uninstall antivirus ini, namun ianya tidak menjadi sepenuhnya / masih terdapat perisian antivirus ini di dalam PC.




PERBANDINGAN ANTIVIRUS


Untuk menjadikan sesebuah perisian antivirus yang terbaik, antivirus perlulah berkemampuan untuk mengesan tidak hanya malware sahaja, malah ianya berkemampuan untuk mengesan virus-virus yang lebih berbahaya.

Untuk itu, satu laman web telah membuat satu pandangan dan perbandingan antara antivirus yang terkenal di seluruh dunia. Perbandingan daripada TopTenReviews ini dibuat bagi memudahkan pengguna untuk menilai serta memilih antivirus yang sesuai untuk komputer pengguna itu sendiri.





Rating Keseluruhan

Berdasarkan jadual di atas, kami mengambil beberapa contoh antivirus. Antivirus Bitdefender mempunyai rating sebanyak 9.73, Kaspersky Anti-Virus mempunyai rating sebanyak 9.70, Norton Security mempunyai rating sebanyak 9.23 dan Avira antivirus mempunyai rating sebanyak 9.00 .



Prestasi

Setiap antivirus yang bagus perlulah mempunyai prestasi yang bagus dalam mengesan sebarang malware atau virus yang berada di dalam komputer. Sesebuah antivirus juga sepatutnya tidak membuatkan prestasi sesebuah komputer menjadi perlahan. Berdasarkan website TopTenReviews, antivirus Bitdefender mempunyai rating sebanyak 9.73, Kaspersky Anti-Virus mempunyai rating sebanyak 10.00, Norton Security mempunyai rating sebanyak 8.90 dan Avira antivirus mempunyai rating sebanyak 9.73 .



Ciri-ciri

utuk menjadi salah satu antivirus terbaik dunia, perisian itu sendiri perlulah mempunyai ciri-ciri yang dapat memudahkan para pengguna untuk melakukan pengesanan virus dan malware di dalam komputer bagi memastikan sistem komputer pengguna sentiasa selamat daripada ancaman virus dan malware.






Rujukan

http://anti-virus-software-review.toptenreviews.com/



Read more ...
Designed By Blogger Templates