Breaking News

Monday, April 13, 2015

NORTON SECURITY 2015



PENGENALAN
Norton AntiVirus, dibangunkan dan diedarkan oleh Symantec Corporation, telah menyediakan pencegahan dan penyingkiran malware. Ia menggunakan definisi antivirus terkini untuk mengenalpasti virus. Ciri-ciri lain  di dalamnya termasuklah e-mail spam filtering dan perlindungan phishing.


Norton Internet Security adalah salah satu perisian keselamatan yang paling terbaik serta mempunyai ciri-ciri yang dikemaskini & telah diuji untuk melindungi PC anda daripada bahaya. Malah, Norton mencapai skor pertahanan yang agak tinggi untuk ujian antivirus yang terbaru.


Kelebihan
  • Menyediakan perlindungan terhadap virus, spyware, malware dan serangan dalam talian.
  • Scanning sehingga jauh ke dalam sistem komputer tetapi proses scanning tidak lambat.
  • Mempunyai LanGuard di mana ianya akan scan file sebelum dikongsi.
  • Mengekalkan maklumat peribadi anda, tidak kira apa peranti yang digunakan.
  • Melindungi pengguna dari laman web yang tidak selamat.
  • Membolehkan anda menambah perlindungan dari peranti ke peranti yang lain

Kekurangan

  • Proses startup PC menjadi perlahan dan pengguna memerlukan kesabaran untuk menggunakan antivirus ini.
  • Kadangkala virus-virus daripada flash drive atau thumb drive tidak dikesan oleh antivirus ini.
  • Menyusahkan pengguna untuk membuka atau menutup Windows Firewall dan lain-lain tetapan sekuriti untuk komputer.
  • Sering timbul message box secara tiba-tiba apabila pengguna menggunakan komputer; menyusahkan penggunaa untuk membuat kerja.
  • Walaupun pengguna telah uninstall antivirus ini, namun ianya tidak menjadi sepenuhnya / masih terdapat perisian antivirus ini di dalam PC.




PERBANDINGAN ANTIVIRUS


Untuk menjadikan sesebuah perisian antivirus yang terbaik, antivirus perlulah berkemampuan untuk mengesan tidak hanya malware sahaja, malah ianya berkemampuan untuk mengesan virus-virus yang lebih berbahaya.

Untuk itu, satu laman web telah membuat satu pandangan dan perbandingan antara antivirus yang terkenal di seluruh dunia. Perbandingan daripada TopTenReviews ini dibuat bagi memudahkan pengguna untuk menilai serta memilih antivirus yang sesuai untuk komputer pengguna itu sendiri.





Rating Keseluruhan

Berdasarkan jadual di atas, kami mengambil beberapa contoh antivirus. Antivirus Bitdefender mempunyai rating sebanyak 9.73, Kaspersky Anti-Virus mempunyai rating sebanyak 9.70, Norton Security mempunyai rating sebanyak 9.23 dan Avira antivirus mempunyai rating sebanyak 9.00 .



Prestasi

Setiap antivirus yang bagus perlulah mempunyai prestasi yang bagus dalam mengesan sebarang malware atau virus yang berada di dalam komputer. Sesebuah antivirus juga sepatutnya tidak membuatkan prestasi sesebuah komputer menjadi perlahan. Berdasarkan website TopTenReviews, antivirus Bitdefender mempunyai rating sebanyak 9.73, Kaspersky Anti-Virus mempunyai rating sebanyak 10.00, Norton Security mempunyai rating sebanyak 8.90 dan Avira antivirus mempunyai rating sebanyak 9.73 .



Ciri-ciri

utuk menjadi salah satu antivirus terbaik dunia, perisian itu sendiri perlulah mempunyai ciri-ciri yang dapat memudahkan para pengguna untuk melakukan pengesanan virus dan malware di dalam komputer bagi memastikan sistem komputer pengguna sentiasa selamat daripada ancaman virus dan malware.






Rujukan

http://anti-virus-software-review.toptenreviews.com/



No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates